Kira2 setahun yg lalu, saya fikir saya telah memahami jalan yg saya yakin adalah terbaik utk saya telusuri sehingga ke akhir hayat nnt. Kemudian, berada di tahun akhir pngajian mnjadikan saya sibuk dgn urusan2 dunia, mnumpukan tenaga dan keringat lebih kpd mendapatkan segulung ijazah dgn beralasankan utk risalah yg saya bawa. Tetapi, dalam bulan terakhir tahun 2011 ini..setelah mndapat apa yg diusahakan selama ini, saya lebih bnyk berfikir dan memuhasabah diri, dan menemui byk kekurangan dan kepincangan dlm jalan yg dilalui sepanjang tahun 2011 ini.

Betapa banyak pengalaman dan peluang yg saya lepaskan dlm usaha melebarkan kebolehan diri, masih terikat dgn bbrapa keterikatan dunia scara berlebihan dan tidak proaktif adalah antara yg saya kesali dan tidak saya manfaatkan sebaik mgkin dlm menanganinya di tahun2 terakhir saya di medan yg ideal ketika menuntut di melbourne.

Namun apa yg tlh berlaku saya yakin ada hikmahnya. Tiada dlm hidup ini sempurna jika sempurna yg kita maksudkan adalah memiliki apa yg dihajati. Saya ttp percaya bhw tahun 2011 telah memberikan saya bnyk nilai2 tarbiyyah yg menjadikan saya lebih baik dr tahun sebelumnya.

Sekalipun sumbangan kpd diri sendiri dlm tahun ini tidaklah begitu mmberangsangkan, namun yg sedikit itu inshaAllah akan saya peluk seerat-eratnya.

Tahun 2011 menjadikan saya org yg lebih mendambakan pembaikan dlm diri, dahagakan ilmu2 dan maklumat2 dlm memahami isu2 sejagat dan bercita2 membawa masyarakat setempat setahap lebih baik dlm semua aspek kehidupan dlm penerapan nilai2 islami. Ini yg akan saya pegang kuat sbg prinsip hidup! Lebih kurang azam 2012 sayalah.

Dan azam akan tnggal kekal sbg azam jika tiada penegakan dlm diri. Selamat tahun baru 2012!! Semoga tahun mendatang lebih mendekatkan diri kita dgn Sang Pencipta!

“Tegakkan islam di dalam jiwa kamu dahulu, nescaya ia akan tertegak di bumi yg kamu pijak. ” Hassan al-Hudaiby.

Advertisements